رسالة جامعية
مدى فاعلية التحفيز في رفع مستوى أداء العاملين في وزارة التربية والتعليم بسلطنة عمان

الجساسي، عبدالله بن حمد.


 

مدى فاعلية التحفيز في رفع مستوى أداء العاملين في وزارة التربية والتعليم بسلطنة عمان

الجساسي، عبدالله بن حمد.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji konsep motivasi, bentuk-betuk dan teoriteorinya yang berbeza, serta keberkesanannya dalam meningkatkan prestasi pekerja di Kementerian Pendidikan, Oman. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan konsep persembahan secara umum, dan menjelaskan kepentingan penilaian persembahan dan variasi teknik untuk menilainya. Penyelidik menggunakan pendekatan deskriptif dan analisis sebagai salah satu kaedah analisis berdasarkan kepada maklumat yang tepat mengenai subjek motivasi dan penilaian prestasi. Sampel kajian terdiri daripada 330 pekerja pentadbiran di jabatan-jabatan pendidikan wilayah yang berada di bawah kementerian pendidikan Oman; iaitu wilayah (1) Zahirah, (2) Dakhiliyyah, (3) Barimi, (4) Batinah Selatan dan (5) Batinah Utara. Sampel kajian terdiri daripada pelbagai pekerja; Pengarah Jabatan dan Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, penyelia, penyelidik hal-ehwal pentadbiran, dan kerani pentadbiran. Untuk mengumpul maklumat, soal-selidik telah digunakan, termasuk 45 soalan diedarkan yang mengukur 3 perkara; (1) Bentuk utama motivasi fizikal, (2) Bentuk utama motivasi mental dan (3) Bentuk motivasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Oman untuk pekerja-pekerja mereka. Ia telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujud pelbagai bentuk motivasi, seperti motivasi fizikal dan mental, ditambah pula dengan keberkesanan bentuk-bentuk motivasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Oman bagi pekerja-pekerja mereka.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji konsep motivasi, bentuk-betuk dan teoriteorinya yang berbeza, serta keberkesanannya dalam meningkatkan prestasi pekerja di Kementerian Pendidikan, Oman. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan konsep persembahan secara umum, dan menjelaskan kep...

المؤلف : الجساسي، عبدالله بن حمد.

بيانات النشر : نيلاي، ماليزيا : جامعة العلوم الإسلامية الماليزية، ديسمبر 2016مـ.

التصنيف الموضوعي : العلوم الاجتماعية|التربية والتعليم .

المواضيع : التعليم - سلطنة عمان.

إدارة الموارد البشرية .

الدرجة العلمية : دكتوراه

التخصص : إدارة الموارد البشرية

لا توجد تقييمات للمادة